Berkhidmat di Balai Penginapan Baitul Naim, hari-hari akan berjumpa dengan orang baru. Untuk pengetahuan, Balai Penginapan Baitul Naim ni sebuah rumah transit yang MAIS sediakan khusus untuk waris pesakit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Untuk senang faham, ahli keluarga kau kena warded kat HTAR. Rumah kau pula kat Thailand dan tiada saudara mara kat Klang. Maka, kau boleh duduk Baitul Naim ni sepanjang tempoh warded pesakit. Dan aku bekerja kat sinilah (rumah transit).
Sepanjang aku di sini, waris pesakit masuk keluar silih berganti. Tak pernah putus. Ada waris yang hanya menginap sehari dan ada juga yang berkampung di Baitul Naim berbulan-bulan lamanya.
Pagi hingga petang berulang alik ke HTAR, malam pula merehatkan diri di baitul naim. Rutin yang sama setiap hari hinggalah pesakit discharge dari hospital. Discharge kerana kesembuhan ataupun kerana kematian.

Kebanyakan waris yang menginap di sini kerana pesakit terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dan kebanyakannya berakhir dengan kematian kerana kecederaan yang serius di kepala.
Teringat waris yang pernah berkampung 3 bulan di sini kerana anakknya kemalangan. Setiap minggu berulang alik dari Johor ke sini tanpa miss. Bulan lepas waris check out dari baitul naim dan aku tak bertugas pada hari kejadian. Sebulan dah mereka tak ke Baitul Naim menimbulkan tanda tanya. Dah sihat ke anakknya?
Pertanyaan tak berjawapan, jalan pintasnya adalah stalk FB waris. Jumpa. Rupanya pesakit dah meninggal dunia pada hari yg sama waris check out dari baitul naim. Menitis air mata kerana semua waris ibarat keluarga. Hari-hari bertanya khabar keadaan pesakit. Hari-hari akan beri kata-kata semangat kepada waris. Mereka kehilangan, kita juga akan terasa tempiasnya.
Setiap waris yang check in, kami doa agar tak lagi kembali ke sini. Bukan menghalau tapi harapannya diberi kesembuhan kepada pesakit. Sakit itu kafarah dosa tanpa menidakkan kematian juga adalah suatu kepastian.

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Comments
Post a Comment