Kononnya dulu aku rancang untuk bercuti setahun sekali. Tak kisah di dalam atau luar negara bergantung pada bajet ‘travel’ aku. Kononnya aku nak sediakan tabung khas untuk travel. Haha.
Untuk tahun yang pertama mestilah rancangan tu berjaya dilaksanakan. Aku backpack ke Krabi, Thailand dengan Basmah. Pada asalnya kami berlima tapi 3 orang lagi terpaksa tarik diri last minit. Kecewa tu tak usah cakaplah. Kami redah jugak sebab dah beli tiket flight. Rugi woo kalau dibatalkan hanya kerana tak cukup member.
Pengalaman pertama backpack memang seronok. Tak terikat dengan orang lain. Kita santai-santai saja. Tapi kena survey betul-betul lah untuk pastikan bajet tak jauh tersasar.
Belum habis bercuti, dah merancang nak gi Terengganu lah, Sabah lah, Indonesia lah. Sebab tu orang kata
Jangan plan bagai nak rak,
Nanti tak jadi.
Untuk tahun yang kedua, diorang plan bercuti di Pulau Perhentian. Tapi aku terpaksa tolak memandangkan aku dah tukar kerja ke tempat baru dan gaji aku kurang dari tempat yang sebelumnya. Tahun ketiga pon sama, aku terpaksa tolak lagi walau hati aku meronta sangat.
Usia 25 tahun ni aku makin ‘sedar diri’. Aku tahu jika diturutkan kemahuan tu, ibaratnya aku berlaku kejam dengan diri, umi, Master, hutang dan hidup aku. Komitmen bulanan yang sedia berat pon aku tak tertanggung, inikan pula cuba untuk mengeraskan kepala hanya kerana ingin penuhi kemahuan yang tiada kepentingan. Fuhh, sakitnya tuh disini. Aku tak kata travel tu teruk. Aku hanya menghalang diri aku sementara ini sahaja. Mungkin 1, 2 atau 3 tahun. >.<
P/s: Sebulan lalu, umi aku menyatakan hasratnya nak gi umrah. Entah kenapa aku sebak sendiri. Semoga Allah murahkan rezeki aku dan umi. Semoga aku dapat hantar umi tahun depan. Amiin.
Dan untuk travelku, semoga kita berjodohan lagi. Amiin. ^^




Comments
Post a Comment