Seorang Wan Nurul Huda ni banyak kali salah sangka dengan orang lain. Kerap pulak terjadi sejak dua menjak ni. Aku ada masalah kepercayaan ke hah? Dan kebanyakkannya berlaku kat tempat kerja aku.
Salah Sangka 1
Aku pernah kenal dengan orang yang lama menginap kat Baitul Naim ni. Si fulan tu jaga maknya yang mengidap TB kat HTAR. Si fulan tu kategori orang yang ramah juga lah sebab kami selalu berborak. Tapi tak lama lepas tu, maknya meninggal dunia dan kami dah tak jumpa. Setahun lepas tu, si fulan datang balik ke Baitul Naim dalam keadaan yang kurus melidi dan tak terurus. Sangat berbeza dengan tahun lepas. Katanya dia pula yang menghidap TB. Dia datang Baitul Naim(BN) kali ni sebab dia ada urusan dengan salah seorang penghuni kat menginap kat BN time tu (katanya lagi). Jadi, aku tinggalkan dia sekejap untuk panggil penghuni yang dia nak jumpa tu. Siapa sangka si fulan tu bawak lari laptop, duit gaji dan barang-barang penting aku kurang dari 5 minit aku tinggalkan dia tadi. Lepas buat laporan polis, baru aku tahu dia ada 3 lagi rekod jenayah pecah rumah. Tak sangka aku ber'husnuzhon' pada orang yang salah. Bila teringat balik, aku rasa bodoh sangat diri aku ni.
Salah Sangka 2
Si polan ini menginap kat BN kerana anakknya yang baru lahir kena warded kat HTAR. Jadi, si polan standby kat BN sementara isterinya yang jaga baby hospital. Dia juga kategori orang yang ramah dan mudah terhibur. Hubungan dengan anak-anaknya sangatlah mesra dan tersangatlah kebapaan. Siapa sangka dia keluar dari BN tanpa melunaskan bayaran siap sekali dengan pakej tak pulangkan kunci bilik tu. Memang terkial aku waktu tu. Eh, baru semalam dia sapa aku, bagitahu nak bayar minggu depan. Dan bermulalah saat aku jadi seorang psiko yang mesej dia hari-hari tanya khabar dan minta dia hantar kunci bilik sampailah ke hari ini. Sekali lagi aku ber'husnuzhon' pada orang yang salah.
Salah Sangka 3
Sebulan lebih Acik Fulanah menginap kat BN. Suaminya lumpuh hampir seluruh badan dan warded di ICU. Yang aku tahu, acik Fulanah tak bekerja. Hanya mengharapkan nafkah dari suami dan anak-anaknya. Sebelah tempat bergantungnya hilang saat suaminya di ICU. Aku juga tahu keluarganya bukan orang senang. Masa acik Fulanah nak check out dari BN, dia masih belum melunaskan bayaran untuk 12 hari. 12 hari maksudnya ada RM120 lagi dia tak bayar. Banyak jugak la. Acik Fulanah merayu dan janji dengan aku untuk bayar bila dia dah cukup duit. Masa tu aku dah sangsi dengan dia. Aku tahu dia tak akan datang balik walaupun dia serahkan IC dia sebagai jaminan. Aku langsung tak percaya walaupun aku menggangguk senyum depan dia. Tambah-tambah, lepas 2 kejadian 'husnuzhon' aku pada orang yang salah. Dan siapa sangka, sebulan lepas tu dia datang BN untuk jelaskan hutang dia. Time tu aku tersentap dan malu dengan diri aku sendiri. Aku malu sangat dengan Allah. Iyalah, aku ambil alih kerja tuhan kot. Menghakimi orang lain ikut perasaan dan logik akal aku. Dan kali ni, aku su'uzhon dengan orang yang selayaknya aku ber'husnuzhon'.
Semoga Allah ampunkan aku dan kita semua.
Astaghfirullahal 'azim
![]() |
| Jangan serik untuk belajar dari kesilapan sendiri. |

Comments
Post a Comment