Assalamualaikum
Lama gila aku tinggalkan dunia blog ni. haha. Aku pun dah lupa macam mana blog ni berfungsi (*bukan lupa tapi memang aku yang sejenis susah nak hadam). Entah kenapa rasa gatal sangat tangan ni nak menaip. Maka izinkan aku berkongsi pengalaman aku ni ye.
Pertengahan bulan april 2018, SPR mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tarikh mengundi jatuh pada 9 mei 2018 bersamaan hari Rabu. Dua tiga kali aku mendongak, memang sebelum ni mengundi selain weekend ke? Haru biru suara rakyat marhean di alam maya. Tapi tu bukan fokus aku menulis hari ni.
Lepas 2 minggu SPR umum tentang tarikh keramat tu baru aku terhegeh-hegeh nak cari tiket balik mengundi. Maklumlah, aku anak perantauan dari Pantai Timur yang bekerja di Selangor. Kenapa tak naik kereta sendiri? Sebab ‘bae’ aku lebih tua umurnya pada aku. Takut tersadai kat highway je. Haha. Dan kenapa aku lengah-lengahkan tentang tiket ni? Entahlah, mungkin sebab aku rasa
‘eh, ni kan nak mengundi. Mestilah tiket kena ada banyak.’
Dan sememangnya dunia ini bukan aku yang punya. Lol.
Maka, 27 April 2018, berbaki kurang dari 3 minggu lagi dari sekarang baru aku pening pasal tiket balik. Lepas aku balik kerja, aku terus ke Terminal Bas Klang. Sebut je nak tarikh 8hb, terus abang kaunter geleng kepala. Abang kaunter maklumkan kalau nak bas tambahan kena cari kat Terminal Bas Shah Alam. Alamak, dah malam. Lain kali lah aku ke Shah Alam. Aduh, menangguh lagi.
Disebabkan aku ‘malas’ nak drive ke Shah Alam, aku cuba google beberapa jalan alternatif balik ke Pantai Timur. Antara alternatifnya adalah keretapi dan kapal terbang. Aku cuba flight dulu memandangkan aku lebih kerap naik flight berbanding keretapi. Tapi sekali harganya keluar, mata aku pun turut terkeluar. Mana taknya, tiket sehala RM300+ dan tiket balik sini pula RM500+. Fuh, kecut perut aku. Tak fikir panjang, terus aku google Mas Airlines pula walaupun aku tahu harganya sekadar mampu tengok sahaja. Hah! Memang betul. Tiket sehala RM1k. *tepuk dahi.
Tetiba je aku teringat pasal laman web Redbus.my, sebuah platform pembelian tiket bas secara atas talian. Wow, ada 2 bus lagi yang available. Tapi sejenis aku ni, aku agak musykil sebab tak pernah guna servis ni. Lalu, aku tengok dulu review orang ramai. Huh, banyak yang negatif lah pulak. Bas batal saat akhir, dah book tapi tiada dalam sistem, tak boleh refund. Huiiii, tak sanggup ambil risiko.
Okeh, aku cuba pula keretapi. Tapi masalah keretapi ni, aku kena naik kat Gemas. Dan sekarang aku di Klang. Timing memang kena tepat. Silap langkah, berkampung aku kat Gemas pula. Haha tak sempat aku nak fikir masalah timing, masalah lain muncul. Tiket fully booked. Haruuuu..
Aku dah fikir macam-macam dah ni. Orang lain balik mengundi tapi aku sorang gi kerja. Sadis weh.
Okeh, jalan terakhirnya baru aku ke Shah Alam. Pada mulanya abang kaunter bagitau tiket bas memang dah licin. Aku dah tawakkal gila-gila dah ni. Dia sambung ayat, ‘kalau nak bas tambahan, ada’. Alhamdulillah ada untuk sehala. Harganya RM60.00. fuh, beza RM10 dari harga asal. Sehala pun sehala lah.
Tiket nak balik ke Klang, aku kena cari kat kampung aku. Terus aku telefon adik aku minta dia uruskan dari sana. Alhamdulillah setel.
Kenapa aku terlalu bersemangat nak balik mengundi? Sebab ini pengalaman pertama aku dan aku sayang negeri aku. Aku percaya, ada yang lagi nekad dari aku. Aku harap semoga urusan kalian dipermudahkan. Ayuh korang, tunaikan secicip tanggungjawab kita kepada negara. Tak rugi pun.

Comments
Post a Comment