Wahai Tuhan,
Masihkah aku dalam kasihMu?
Meskipun daku sentiasa terpalit dosa
Wahai Tuhan,,
Masihkah Engkau ampuni dosaku
Walau berulang kali mengingkari taubat-MU
Wahai Tuhan,
Masihkah aku berhak dicintai olehMu?
Sedangkan diri-Mu sentiasa aku lupakan
Oh Tuhan,
Upayakah aku beroleh syafaat kekasih-Mu
Namun, jarang-jarang aku tuturkan selawat padanya
Aku tahu busuknya dosa
Namun mujahadahnya amat payah
Seringkali aku beralah tak mampu bangun menuju manis akhirat
Lantaran terpana indahnya dunia
Aku tidak mahu kekal sebegini
Ya Tuhan, ringankanlah jasadku dalam mentaati-Mu
Ku tahu ranjaunya bergunung
Durinya mencengkam
Panasnya mendidih
Peritnya amat pahit
Kerna itulah harga indahnya Sang Syurga
Adakah kau fikir kau udah beriman?
Ah! Tidak,
Sebelum tuhanmu melemparkan ujian
Kau akan tahu dimana letaknya sabarmu
Mungkinkah di kaki mahupun sekadar lafaz di bibir
Paling indah, sabar itu dihati
Ya tuhan,
Ku yakin tidak mungkin kau tega bebani
hambaMu dengan sesuatu yang tidak terbeban olehnya
ya tuhan
kekalkanlah aku dalam rahmatMu
selamanya…

yea...dah jumpa! ^^
ReplyDeleteteruskan menulis...
ingat pesanan saya..hehe..
jika kita menulis dgn hati, insyaAllah, biidznillah, akan sampai ke hati juga.. :")
wah hebat....lets join our venture hud...
ReplyDelete