Itulah Ayah

Ayah memang pelik 
 Kurang bercakap tapi kuat bekerja
 Bila mak membebel ayah buat tak tahu je 
Kalau mak marah, kami takut 
Tapi kalau ayah marah, kami lagi kecu
Bila tak buat kerja sekolah memang tempah maut
Tak perlu tunggu rotan
Dengar je suara garau ayah kami terus cari belakang mak 


Ayah ajar kami baca Al-qur'an, solat jamaah 
Tinggal solat memang kena ketuk 
Sebab ayah tegas lah kami sayang dia 
Kadang-kadang  setahun pun payah nk dengar ayah ucap" ayah sayang ank ayah"
Tapi kami tahu dia memang sayang kami.


 Indah bila teringat zaman kecil-kecil  bersama ayah 
Sekarang kami dah besar
Ayah juga sudah dijemput Illahi 
Hilangnya seorang ayah
Bukan bermakna luput ingatan bersamanya
Kerana ingatan yang tak pernah padamlah
Kadangkala aku menangis sendirian 


Masih belum terlambat untuk memberi ayah penghargaan 
Tak perlu hadiah yang mahal menggunung
Aku beri ayah aku hadiah dengan menutup auratku
Kasihan ayah seandainya aku
Dedahkan auratku sedangkan aku sudah baligh.

Setiap dosa aku lakukan ayah akan dapat
Setiap mata sang ajnabi yang melihat auratku akn dipikul dibahu ayah.
Tiap dosa haruman yg menusuk hidung sang ajnabi akn trut menjejaki ayah.
Tiap gerak gaya dan suara manja yang menggoda ajnabi akan menyurutkan kebaikan ayah. 
Tiap kata-kata yang terselit cela akan masuk ke akaun ayah.


 Aku tak nak ayah miskin amalannya dimahsyar.. 
Aku tak nak ayah kaya dengan noda anak-anak gadis kesayangannya.
 Moga-moga amalan baikku akan ditopap dalam akaun pahala ayah..


 Sahabat..cukuplah dengan jaga aurat kita agar tak dilihat oleh ajnabi.. agar ayah tak terbeban oleh timbunan dosa anak gadisnya yang terdedah aurat..
*siapa sayang ayah, jom ttup aurat* (^^)
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)
Photo by Rosa Colmenares on Unsplash

Comments

Post a Comment